Saturday, 24 November 2012

Rezeki Allah

      This blog was not created for outsiders to read it and I didn't wish for that as well. This is just a place where I think I can write something whenever I can't tell. Tak semua perkara dan hal yang berlaku ni kita rasa kita boleh cerita kat semua orang dan belum tentu lagi orang lain tu can be a good listener. Am I right? 

      Tiba2 je hari ni nak tulis pasal rezeki ALLAH, teringat dekat kata2 kakti. She is my 2nd elder sister which is also the closest family that I have since my mak and abah lived so far from here. Even aku anak bongsu from lima adik beradik but it seems to be so obvious I could be so independent like how I became right now. Memang la orang cakap anak bongsu ni too spoil, masakan tak manja dah tu ada kakak abang yang salu duk jaga and protect segala. Plus dengan mak abah lagi. I might be quite spoil brat but in some cases, I would be so independent more than others expected sampai kan ada orang yang tak percaya. Living too far from parents memang banyak dugaan but somehow I used to stay far from them since I was 13 years old and this should not be an issue for me. If kita pergi dengan niat yang baik tuk menuntut ilmu, yakinlah yang Allah akan ada untuk jaga dan follow every single steps of us. In sha Allah.

      Dah rezeki dapat further studies kat UPM,Serdang nak buat macam mana (still got a choice). Tapi mungkin jugak dah memang Allah takdirkan aku untuk duduk sini sekejap dan mungkin jugak ada hikmah2 malah perkara yang baik yang mana kita tak nampak pun yang Dia telah tetapkan. Nak start pasal rezeki ni, sambil sembang2 dengan kaktie minggu lepas, dye ada sentuh pasal rezeki Allah dan sejauh mana kita mendapat keberkatanNya.

" Kita hidup ni jangan la duk engat rezeki ni bentuk duit jer, macam2 sebenarnya Da, tapi kita ni salu lupe, kadang2 tak sedar,tak perasan,tak nampak yang ada banyak bentuk rezeki Allah. Kesihatan, kejayaan,  bahagia ke tak hidup kita ni, keluarga, kawan2 banyak lagi la. Pastu engat la, berkat rezeki kita pun bergantung kat hubungan kita ngan mak abah jugak. Kalo tak dapat berkat downg, memang tak berkat la hidup ni. Sebab tu la kene salu engat downg, walupun duk jauh ke ape, masih ada cara tuk buktikan kita ni anak yang baek dan salu engat mereka. "

       Selepas dengar kakti cakap dah macam kelu pulak tatau nak cakap ape. Betol la kata kakti tu, rezeki Allah ni luas sangat. Memang tak terkira, kita je yang jahil yang tak nampak sume ni, tak yakin dengan janji Allah. Sape2 yang berusaha nak dapatkannya, in shaa Allah , Dia akan permudahkan segala urusan.

" Boleh jadi rezeki seseorang itu dalam pelbagai bentuk. Jangan hadkan pengertian rezeki itu hanya pada harta benda sedangkan pengertian rezeki itu Maha Luas. "

       Sangat la bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, family yang sangatla aku sayang. Even they seemed quite control my life, (sume benda yang kau buat downg nak tahu, dengan sape yang aku kawan pun) tapi there's must be a reason why they did so. Dapat sambung belajar sampai tahap macam ni pun dah satu rahmat yang besar yang Allah bagi.Alhamdulillah. Kalo kite tergok , bukan sume remaja yang sebaya dengan aku ni got a chance nak study macam ni. Ada je halangan downg tapi mungkin jugak Allah dah menjanjikan something yang lebih baek yang mana kita tak nampak lagi tuk jangka waktu yang terdekat. Yang penting sejauh mana usaha kita tuk dapatkan rezeki Allah dan sejauh mana ikhlasnya hati kita buat sesuatu tu kerana Allah S.W.T. Dan ingatla, walaupun kita ni dah usaha banyak2, tapi still tak dapat apa yang kita nak, itu mungkin sebab Allah tak nak bagi lagi. Jangan la expect Dia akan bagi sedebuk dekat kita, mungkin ada yang tersirat dan tersurat. 


ALLAH akan menjawab doa kamu dengan tiga cara iaitu:

1. YA - DIA berikan apa yg kamu minta.

2. TIDAK - DIA berikan yg lebih baik.
3. TUNGGU - DIA akan berikan yg TERBAIK.


     Orang cakap yang duit memang tak boleh nak beli kebahagiaan, tapi kebahagiaan itu sendiri memerlukan duit. Kalo pasal yang ni macam erm tak tau la nak komen macam mane. Sume ni bergantung kepada individu tu masing2. Kalo berkat hubungan dia dengan Pencipta, maka duit bukanlah menjadi persoaalannya. Daripada hubungan dia dengan Alah itu sendiri dah menjamin kebahagiaan sebenarnya, dan mungkin jugak walaupun kita hidup ni tak berduit, mungkin Allah mejanjikan rezeki kebahagiaan yang bukan dalam bentuk wang ringgit. Yang penting sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, jangan selalu mengharapkan lebih daripadaNya atau dalam erti kata lain tamak dalam mengharapkan rezeki Allah. Selain itu engatlah juga kita tentang hubungan sesama manusia, sejauh mana kita jaga dan alert dengan apa yang berlaku dengan saudara kita yang lain, dan bagaimana kita jaga hubungan kita sesama manusia di muka bumi Allah ini. "Hablumminallah, hablumminanas". In shaa Allah.

" Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan dengan jalan yang halal lagi berkat. Kerana dengan kekayaan yakni rezeki yang kita peroleh ini, kita dapat beramal jariah ke jalanNya. Tetapi kalau belum sampai rezekiNya, bersyukurlah dengan apa yang ada sama ada sedikit atau banyak. Yang penting keberkatan.Wallahu a'lam."  - ilham dari Mubarokah Musafirah


   Sume yang tertulis kat sini sebenarnya untuk peringatan bersama termasuklah diri sendiri yang serba banyak kekurangan ini. Andai kita rasa kita ini kehilangan sesuatu atau terlalu lemah unutk menghadapi ujian Allah, ingatlah yang Dia hanya menganugerahkan ujian kepada hambaNya yang kuat, mampu menghadapinya dan bukan untuk membebankan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim.