Saturday, 28 May 2011

ladies only dude!!

wahh..perjalanan dr Putrajaya ke Sg Buloh mmg penat n jaoh jugakla..By the way pk nye pk nak naek pe whether ERL or Komuter,so i choose naek Komuter sudaa..Jimat pom jimat plus xyah la tukar train tyme kat KL Sentral..:)) Dari stesen Serdang twosssssssss je Sg Buloh..
Hmm..nampaknye komuter xde org..Pegi mane sume org eh?? or maybe sume org skunk dah ada keta..So,bgusla mcm ni..Many seats available for the passangers on that day. Tapi ni hah ada satu cerita sebenarnye di sebalik sume ni..Lihat di bawah..Oppppss





Tengok2..Sume tgk ea...Tgk betol2..Yang ditulis adalah "koc untuk wanita sahaja"..HAHAH~
Jadi terang2ngan kat cni mmg tuk ladies only xkesah la kanak2 or elders..Tapi apa yang pasti tyme aku naek benda alah ni ada jugak la sowng mamat ni terselit kat koc wanita,tyme 2 kat Putra..Aku xtaula sama ada dye xreti baca or tersalah lihat..Tapi eloknye aku bersangka baek,dye nak cepat tuh.HAHA..*but still aku xpuas hati..Lagi kisah yang xmenahan tu,dye bawak plak paper beg "Butik First Lady"..Ni lagila bt aku konpius,mamat ni mmg sah ada masalah peribadi i guess,huk3x..Tyme lam train he just pretending innocent and berdiri je until stesen yg dye nak tuwon..Last2 tuwun skali plak gn aku kat Sg Buloh..haih..apalaaa....
Jadi moralnye kat cni nak nasihat cket tuk
guys yg kat luar sana tuh xkira la tua muda handsome macho jambu or whatever la yg pasti xpayah la naek koc ni..Even kowng2 ni x gatal or whatelse tapi kiteowng yg pompuan ni still pandang  senget. kat you all.. HUHU

feberet song


TAKDIR CINTA


ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta Kau dan dia
aku bukan Nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada Kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Friday, 27 May 2011

chOcOlate cAke

                                   
       (gambar hiasan)


haha..hye sume..sy just nak share antara aktiviti yg sy bt sepanjang cuti ni,dan masih lagi pk nak buat ape tuk cuti yg masih lagi bersisa ni..(T_T) 
So,sape2 yang nak cube buat kek coklat,tryla resepi  ni.Kalau x jadi tu,den xtau sbb den buat oke jek..Masalah teknikal kot..:))))

KEK COKLAT


  • 2 cawan tepung gandum biasa
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus 
  • 1/2 cawan gula halus (yang ini dicampur bersama serbuk koko)
  • 4 biji telur
  • 250 gram butter
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air panas
  • 3/4 cawan susu segar

  untuk topping

  • coklat bar
  • whipping cream
  • butter   
cara-cara
  1. Masukkan serbuk koko yang telah di ayak tadi ke dalam periuk bersama-sama dengan 1/2 cawan gula dan 1 cawan air panas.Jerangkan diatas dapur dengan api yang kecil ,kacau sehingga rata dan nampak berkilat dan sejukkan.Kemudian masukkan susur segar tadi,kacau  sehingga rata dan ketepikan.
  2. Pukul gula halus dan mentega sehingga kembang dan masukkan telur sebiji-sebiji,esen vanila dan kemudian masukkan tepung yang telah di ayak(sebanyak dua kali ayak) beselang-seli dengan pes coklat yang dibuat tadi,kemudian gaul hingga rata(pukul)
  3. Masukkan dalam loyang 9x9 dan bakar selama 1 jam (mungkin lebih) pada suhu 180 darjah dengan api atas dan bawah.
  4. Sejukkan kek dan hidangkan mengikut citarasa anda.
  5. Untuk membuat topping,ambil 100 gram coklat masakan (coklat bar) ataupun mengikut citarasa anda,2 sudu mentega,dan bersama whipping cream (pandai2 la agak sampai nampak pekat sbb sy pom maen tuang je asal jadi)..Semua bahan ni masukkan dalam periuk dan panaskan secara DOUBLE BOILER sehingga nampak pekat dan tuangkan di atas kek.Hiaskan mengikut kreativi anda.

                SELAMAT MENCUBA.~

Thursday, 26 May 2011

ADAM & HAWA













Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam,sambil terpesona memerhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak (Adam) sedang terbaring tidak jauh dari tempat duduknya.
    Adam terjaga..! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah sahaja di hadapannya. Ia seolah tidak percaya pada penglihatannya.Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
   Hawa diciptakan lengkap dengan peraaan malu segera memutarkan badannya daripada pandangan Adam. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk paras rupa yang sangat sempurna.Ia dihiasi dengan kecantikan,kemanisan,keindahan,kejelitaan,kehalusan,kelemahlembutan,kasih-sayang,kesucian,keibuan dan segala sifat-sifat yang terpuji di samping bentuk tubuh yang mempersona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
  Adam a.s pun apa kurangnya.Dianugerahkan dengan segala kekacakan dah gagah perkasa.Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah s.w.t secara lansung tanpa sebarang perantaraan.Semua kecantikan yang diperuntukkan untuk seorang lelaki terhimpun padanya.Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah s.w.t kepada makhlukNya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan cahaya rupa Adam a.s.
  Kekuasaan Allah telah menetapkan bahawa Hawa adalah pendamping Adam a.s.Adam terpikat pada rupa Hawa yang begitu jelita,yang bagaikan puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga Allah.Allah telah menanam asmara murni dan hasrat seorang lelaki fitrahnya di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta,yang tiada taranya dalam sejarah,iaitu kisah dua insan yang bercinta di alam syurga.Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta dengan Hawa,puteri yang paling cantik dari segala yang cantik,yang jelita dari segala yang jelita,dan yang paling harum dari segala yang harum.
  Adam dibisikkan oleh hatinya agar merayu kepada Hawa.Ia berseru: "Aduh,hai jelita,siapakah gerangan kekasih ini?" Dari manakah datangmu,dan untuk siapakah engkau di sini?" suaranya sopan,lembut,dan penuh dengan kasih sayang.
  "Aku Hawa," sambutnya ramah. "Aku dari Pencipta!" suaranya tertegun seketika."Aku..aku...aku.dijadikan untukmu!!!" tekanan suaranya meyakinkan.
    Sesungguhnya tiada suara yang seindah dah semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar di setiap saat di syurga.Tetapi suara Hawa,tidak pernah di dengarnya suara yang begitu indah yang keluar dari bibir mungil wanita jelita itu.
  Kata-kata yang paling sedap di dengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: "Aku..aku..aku,dijadikan untukmu!" Kata-kata itu nikmat,menambah kemesraan Adam kepada Hawa.Adam sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan sesungguhnya cinta pun datang dari Tuhan.Ia tahu bahawa Allah s.w.t itu cantik dan sangat sukakan kepada kecantikan.Jadi kalau cinta kepada kecantikan beertilah bahawa cinta kepada Allah.Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah satu pengabdian.Dengan mengenali cinta,makrifah kepada Allah semakin mendalam.Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta.Dengan keyakinan sedemikian yang tinggi, Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: "Kekasihku,ke marilah engkau." Suaranya halus,penuh kelembutan dan kemesraan.
  "Aku malu!" balas Hawa seolah-olah menolak.Tangannya,kepalanya,memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
   "Kalau engkau yang inginkan aku,maka engkaulah yang datang kepadaku!" Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
   Adam tidak lagi ragu-ragu.Ia mengayuh langkah berani mendatangi Hawa.Maka sejak itulah teradat bahawa sesunggunya wanita itu didatangi,bukan mendatangi.
  `

saya sayang mak dan abah saya..




Sempena hari ibu yg lepas,kiteowng adek badik x celebrate pom our mom punyer "MOTHER'S DAY..
So,mmg kebetulan la,bufday abah pom dah dekat 6 June ini,well kiteowng adek badek rancang nak celebrate kt Bukit Rahman Putra,Sg Buloh ,my sis house..Anyway,actually aku yg rancang sume ni,mampu rancang je,coz aku xde duet nak support..Well then,yg laen nyer my siblings yg bt..AHHH!! Nak beli adiah tuk dowang un xde duet ni.. Tula,dah dpt keje tp xnak plak..Mcm org ckp tolak tuah jek!! HAHA~  By the way aku nak duk kg pasni,nak spend time wif mak gn abah..Jaga makan minum downg..Bile ag nak berbakti nak bt kebaikan..T dah sambung blajar susah plak....Gune kan masa yg ada ni sebaik mgkin,bile dah tak berkesempatan nanti menyesal tak sudah..Nanges pon dah x gune..:((



Wahh!! Cam grand gtu..Xde la sgt..Just nak suka-suka..Bg mak gn abah rasa dihargai..:))
Dah busan xtau nak wat pe,aku edit la benda alah ni...Xlawa pom xpela..But still,BOLEHLA..haha..:))

I AM NEW!!



So,plis..tlg sy dgn blog bawu sy coz sy bawu je kt cni..:))