Friday 8 July 2011

ask yourself..:))

I never ask you to like me..
I never ask you to come and say "i am really sorry"..
I never ask you to feel sorry with me..
I never ask you to be friendly with me..
I never ask you to be nice to me..
I never ask you to tell me your story..
I never ask you sms me.. 
I never ask you to take care of me..
I never ask you to..
I never ask you..
I never ask..
I never..
I..

I only ask you not lie to me,tell me the truth..
Saya hanya minta anda supaya bercakap B.E.N.A.R.
Lakukan seperti yang pernah anda katakan kepada saya..
I hate people those who do something other than what they said..


Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak..” (Hadis riwayat Bukhari)



Sedarkah kamu akan hal ini? Memang kita selalu memandang remeh kepada perkara-perkara yang kecil sebegini sedangkan ia adalah sesuatu yang harus dipandang serius.Fikirkan apa perasaan mereka, orang-orang yang telah kamu bohongi.Apa yang mereka rasa? Pernahkah anda mengambil tahu akan semua hal ini? Sebaliknya,saya merasakan kamu tidak ubah seperti seorang yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memikirkan perasaan orang-orang di sekeliling kamu.



Saya bukan mahu men'aibkan sesiapa malah jauh sekali mahu menjatuhkan seseorang. Niat saya hanyalah satu, menginginkan supaya 'mereka-mereka' yang pernah berbohong itu,bertaubatlah. Sekadar menjadi manusia biasa,saya tidak layak menghukum saudara seISLAM saya yang diciptakan indah oleh Pencipta sebagai khalifahNYA.Mungkin yang saya hanya mampu lakukan adalah sama-sama mengingati,setidak-tidaknya mengingati untuk diri kalian dan juga diri saya sendiri seadanya, insyaALLAH.






.J.A.N.J.I.
.....
....
...
..
.

Bagaimana dengan janji? Apa yang kamu faham mengenenainya? Apa yang pasti janji sama sekali tidak lari jauh daripada memberi harapan.Mengapa perlu kamu perlu memberi harapan ataupun berjanji sekiranya menyedari bahawa kamu tidak mampu untuk melaksanakannya? 


Cukuplah sekadar kamu meletakkan diri kamu sebentar di tempat mereka yang telah kamu khianati dirinya.Rasakan.Fahamkan.Apa yang telah mereka sakitkan selama ini.Tidakkah kamu takut sekiranya kamu disoal "Inikah yang kamu hanya mampu lakukan,jasa kamu kepada manusia sepanjang kamu menjadi khalifah di bumi ini?"



Tidak perlu la kamu memberi harapan.Cukuplah sekadar memberi apa yang termampu dari anda.Bukankah kita sedia maklum bahawa mungkir janji juga adalah salah satu daripada sifat-sifat orang munafik? NAUZUBILLAH~
Bermuhasabahlah diri kita semua,anda,kamu,dan saya sendiri.:))






No comments:

Post a Comment