Tuesday 12 July 2011

Malaysiaku Kini

     Sebelum I bagi opinion,nak cerite sikit lah pasal BERSIH ni.Yela, mostly orang kerajaan la plus ngan ade jugak golongan yang jenis tidak amek tahu sangat pasal hal ni. But still they're not the one that should be blamed sebab dah termakan dengan banyak fakta yang telah dimanipulasikan oleh mereka-mereka yang tertentu.Perhimpunan BERSIH ni diadakan untuk menuntut beberapa perkara antaranya seperti menggunakan dakwat kekal, bagi akses media yang bebas dan adil dan so on.I tak hafal dan tahun ni merupakan pelaksanaan kali kedua.

     Jadi,golongan yang menyokong tuntutan tersebut telah bersetuju untuk berhimpun secara aman beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada Tuanku Zainal Abidin. Itu je ape yang I tau, so far la info yang I dapat. Kalau sape-sape ade nak tambah, go ahead.Asalkan korang menggunakan kata-kata yang sedap didengar-heheh.



      Secara personally, I tak oppose perhimpunan ini sebab dari mata I tuntutan yang diminta itu bukanlah sesuatu ke-arah negative but positive.Takkan la mereka(gov) ni tak boleh nak faham tuntutan yang sebegitu. Ramai orang cakap orang yang sertai BERSIH sebenarnye nak jatuhkan kerajaan tapi bagi I,jelas dan nampak sangat perhimpunan BERSIH ni lebih kepada kepastian dalam undian pilihan raya.Maksudnyer,kalau tuntutan ni dilaksanakan, tak semestinye pihak pembangkang yang akan menang.Jadi terang-terangan la siapa sebenarnya yang menyebabkan BERSIH ini terjadi??Andainya semua tuntutan yang mereka minta selama ini dilaksanakan dengan elok,tak ada nye dowang ni nak susah-susah datang berhimpun. 

      Sebagai contoh,kalau tuntutan menggunakan dakwat kekal tu dilaksanakan ,apa-apa kuputusan yang keluar,orang dah tak boleh nak argue.Sebab mase election, dakwat yang digunakan dah kekal, tak boleh nak modify. Oleh itu, keputusan yang keluar mestilah adil saksama dan dah tak ade sebab untuk orang ramai argue pasal hal ni.

      Sebab tu I smell something fishy lepas government decided to block the gathering,kenape nak block sesuatu yang akan membuatkan rakyat lebih yakin kepada pemerintah? Kalau betul lah undian sebelum ni bersih, takde eksploitasi, kerajaan sepatutnye gembira, sebab pihak pembangkang selama ini salah tafsir.Jadi government pun tak payah la nak takut-takut sebab mereka dah ada di pihak yang benar.Orang yang salah je perlu rasa takut,kalau dah betul yang selama ini election dibuat dengan adil,kenapa nak takut tuk melaksanakan tuntutan BERSIH? Memang sah-sah kalau semua ini dilaksanakan pun memang gov akan menang sebab selama ni memang election dibuat dengan adil.So,tak payah la nak bimbang sebab pembangkang tak boleh argue kalau pihak kerajaan  menang sebab mereka memang ada ramai penyokong.*kalau betul la election yang selama ni "bersih".But still, kenape kerajaan tetap tak bagi laksanakan perhimpunan tu? kenape? (info:berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak pergi mengundi-ramainya) 

      Ada jugak yang mengeluarkan isu Ambiga yang dulu-dulu,isu keagamaan la,itu la.Lansung tak ade kaitan dengan BERSIH ni.BERSIH hanya menuntut keadilan dalam pilihan raya.ONLY!! Gov terlalu banyak memanipulasikan fakta-fakta yang ada,Yang orang dengar dan lihat plak melalui saluran-saluran media yang sah-sah,terang-terangan yang gov punyer.RTM,BERNAMA lagila.Berita kerajaan yang sah-sah menyalurkan berita kebaikan gov sahaja.

        Ini semuanya berdasarkan apa yang I lihat-dengar-dan fikir sendiri.Ada akal haruslah guna untuk berfikir secara bijak.Belajar pun kalau tak manfaat ilmu tak boleh jugak,kita boleh fikir sendiri la tuk perkara-perkara yang sebegini ni.I cakap semua ni bukan bermakna I tak  sokong kerajaan dan bukan kata nak sokong  pembangkang atau apa tapi bercakap sebagai rakyat MALAYSIA yang inginkan kehidupan yang adil tanpa sebarang penipuan.

-p/s:kalau ada salah dan silap terkasar bahasa harap mohon maaf.Masing-masing berhak dan mempunyai kebebasan bersuara.Kita sebagai rakyat Malaysia berhak mengeluarkan pendapat.Sebarang kesalahan info dan maklumat harap dapat dibetulkan,mohon maaf..



Wassalam~

No comments:

Post a Comment