Thursday 26 May 2011

ADAM & HAWA













Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam,sambil terpesona memerhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak (Adam) sedang terbaring tidak jauh dari tempat duduknya.
    Adam terjaga..! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah sahaja di hadapannya. Ia seolah tidak percaya pada penglihatannya.Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
   Hawa diciptakan lengkap dengan peraaan malu segera memutarkan badannya daripada pandangan Adam. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk paras rupa yang sangat sempurna.Ia dihiasi dengan kecantikan,kemanisan,keindahan,kejelitaan,kehalusan,kelemahlembutan,kasih-sayang,kesucian,keibuan dan segala sifat-sifat yang terpuji di samping bentuk tubuh yang mempersona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
  Adam a.s pun apa kurangnya.Dianugerahkan dengan segala kekacakan dah gagah perkasa.Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah s.w.t secara lansung tanpa sebarang perantaraan.Semua kecantikan yang diperuntukkan untuk seorang lelaki terhimpun padanya.Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah s.w.t kepada makhlukNya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan cahaya rupa Adam a.s.
  Kekuasaan Allah telah menetapkan bahawa Hawa adalah pendamping Adam a.s.Adam terpikat pada rupa Hawa yang begitu jelita,yang bagaikan puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga Allah.Allah telah menanam asmara murni dan hasrat seorang lelaki fitrahnya di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta,yang tiada taranya dalam sejarah,iaitu kisah dua insan yang bercinta di alam syurga.Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta dengan Hawa,puteri yang paling cantik dari segala yang cantik,yang jelita dari segala yang jelita,dan yang paling harum dari segala yang harum.
  Adam dibisikkan oleh hatinya agar merayu kepada Hawa.Ia berseru: "Aduh,hai jelita,siapakah gerangan kekasih ini?" Dari manakah datangmu,dan untuk siapakah engkau di sini?" suaranya sopan,lembut,dan penuh dengan kasih sayang.
  "Aku Hawa," sambutnya ramah. "Aku dari Pencipta!" suaranya tertegun seketika."Aku..aku...aku.dijadikan untukmu!!!" tekanan suaranya meyakinkan.
    Sesungguhnya tiada suara yang seindah dah semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar di setiap saat di syurga.Tetapi suara Hawa,tidak pernah di dengarnya suara yang begitu indah yang keluar dari bibir mungil wanita jelita itu.
  Kata-kata yang paling sedap di dengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: "Aku..aku..aku,dijadikan untukmu!" Kata-kata itu nikmat,menambah kemesraan Adam kepada Hawa.Adam sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan sesungguhnya cinta pun datang dari Tuhan.Ia tahu bahawa Allah s.w.t itu cantik dan sangat sukakan kepada kecantikan.Jadi kalau cinta kepada kecantikan beertilah bahawa cinta kepada Allah.Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah satu pengabdian.Dengan mengenali cinta,makrifah kepada Allah semakin mendalam.Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta.Dengan keyakinan sedemikian yang tinggi, Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: "Kekasihku,ke marilah engkau." Suaranya halus,penuh kelembutan dan kemesraan.
  "Aku malu!" balas Hawa seolah-olah menolak.Tangannya,kepalanya,memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
   "Kalau engkau yang inginkan aku,maka engkaulah yang datang kepadaku!" Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
   Adam tidak lagi ragu-ragu.Ia mengayuh langkah berani mendatangi Hawa.Maka sejak itulah teradat bahawa sesunggunya wanita itu didatangi,bukan mendatangi.
  `

No comments:

Post a Comment